Tuesday, October 28, 2014

I'm talking about Hijrah

Assalamualaikum.

Sihat sejahtera.

Hai korang. Korang ape khabar?

Kalau baik-baik sahaja, peduli ape aku. Kalau bad-bad sahaja, pun peduli ape aku...

Kalau korang marah, pun lagi la peduli ape aku...

Aku bukan nak cari gaduh.. Apetah lagi tarbiyah kan korang...

Haa, kalu aku azankan dekat telinga korang amacam?

For what anyway..

Cume, if aku tarbiyah kan korang, konfom-konfom dahi korang duk sujud dari malam sampai pagi dek insaf tak habis-habis hihihii.. Konfom korang taubat punye la.

Pengalaman berada di unversiti banyak ajar aku kenal Tuhan.

Susah senang buat aku rase sentiasa Dia dekat.

Dan tak ada yang lebih dekat. Allah sebaik-baik tempat pengaduan.

Nasib baikla aku jatuh hati kat Allah before aku jatuh hati kat manusia yang buat aku lemas, tak bernafas.. ok lari topik.

Mane ade cinta itu buta, cinta tak bersyarat. Hurmm, bohong.

Ape pun yang aku mengarut, sekurang-kurangnya aku dah keluar dari zaman fasa dilamun cinta pada usia muda yang mana semua orang akan laluinya.

Cinta tak pernah wujud antara manusia.

Yang wujud itu sayang.

Sayang hanya akan wujud kalau korang dah susah payang senang bersama dan masing-masing pernah berkorban. Tang tu baru boleh declare sayang.

Cinta sebenar adalah bila dahi bersujud.

Anyway, aku bukan nak bercakap pasal suke, sayang dan cinta.

I'm talking about hijrah.

Definisi hijrah :
    Hijrah dari segi bahasa ialah: Berpindah.
    Hijrah dari segi istilah ialah: Perpindahan Rasulullah saw berserta sahabat–sahabat baginda dari Kota Makkah ke Yathrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi, iaitu 13 tahun selepas baginda diutus menjadi Rasul. -Sumber.


Pada aku banyak maksud perspektif hijrah. Antara contoh :

Hijrah Hati Dan Akhlak
Hijrah bentuk ini ialah perpindahan jiwa daripada yang buruk kepada yang baik, suci dan benar. Atau, perpindahan jiwa daripada yang baik kepada yang lebih baik, lebih suci dan lebih benar. Hijrah bentuk ini tidak kurang mulianya daripada hijrah bentuk pertama dan kedua di atas.  Ia merupakan penerusan bagi ikatan perjanjian di antara seorang hamba dengan Allah agar hidupnya sentiasa di dalam keadaan bersih dan mengamalkan akhlak terpuji sebagai bukti kepada kebenaran imannya.
Inilah  hijrah ma’nawi dalam pembentukan syakhsiyah, di mana seseorang itu mendaki anak-anak tangga kebersihan dan kesucian menuju kepada Allah. Beliau menjalani hidup dalam keadaan suci dan mulia.

Hijrah Jasmani
Hijrah Jasmani ialah seseorang itu melakukan perubahan dirinya kearah yang lebih baik, sepertimana bersenam, memiliki pakaian yang baik dari segi syarak, ingin memiliki pekerjaan yang baik, ingin memiliki taraf akademik yang baik dan sebagainya. Jasmani perlu sihat kerana ia akan memudahkan kita beribadah kepada Allah dengan lebih sempurna, begitu juga memiliki pekerjaan yang baik supaya kita tidak mencuri disebabkan tekanan hidup, tukar pakaian daripada berpakaian yang kurang sempurna menutup auratnya sehingga sempurna menutup auratnya dan banyak lagi.

Hijrah Rohani
Hijrah rohani ialah seseorang yang menghijrahkan dirinya kearah agama Allah seperti beliau mendekatkan diri ke masjid dan majlis-majlis ilmu yang sebelum ini tidak pernah dihadirinya. Buangkan penyakit-penyakit hati yang sering menjauhkan diri kepada Allah seperti mempunyai perasaan tamak, hasad dengki, riak, menunjuk-nunjuk kelebihan yang dimiliki dan sebagainya. Jika seseorang itu dapat mengubah hatinya atau psikologinya kearah yang baik dan memiliki akhlak yang baik, nescaya ia akan mempunyai perasaan cintakan Allah dan Rasulnya. Malah dirinya akan disukai oleh masyarakat sekelilingnya. Orang seperti ini sering disenangi oleh masyarakat kerana ia mempunyai peribadi yang baik. Apabila ia terkena musibah atau ujian Allah, maka dia tabah dan tenang hatinya menghadapi ujian Allah, sedikitpun ia tidak bersungut dan gelisah dengan ujian Allah ke atas dirinya. -Sumber



Pendek kate aku sedang menyelami maksud hijrah. Aku sentiasa nak berhijrah. Hurmm. Aku bukan baik sangat. Sejak bile ye aku mule berhijrah. Sejam masuk uni. Aku baru kenal Tuhan bukan sekadar name.

Ok fine, nanti kalau banyak sangat bab-bab agame setengah orang tak boleh nak hadam and cerna.

Termasuk aku. Hahahahaha.

Lagi ade ape mau cerita?

Hikah satu perjuangan dan aku sedang berjuang.

Hijrah pada aku juge adalah jihad fi sabilillah. Dan aku sedang berjihad.

Sebagaimana hadis yang dikeluarkan oleh an-Nasa’i daripada Safwan bin Umayyah r.a. katanya, “Saya berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya mereka berkata bahawa syurga tidak akan dimasuki kecuali oleh orang yang berhijrah?” Baginda menjawab (maksudnya), “Tidak ada hijrah selepas Fathu Makkah, tetapi jihad dan niat. Maka apabila kamu dikerah untuk berjihad, segeralah menyahutnya.”

Alhamdulillah banyak zaman jahiliah aku dah tinggal. Since bile ea? Since masuk uni.
Dulu aku plain saje, solat 5 waktu then takde ape dah bonding dengan Allah.

Sekarang, aku tak tidur dah lepas solat subuh. Makin suke pulak aku nak mengaji. Dan lain-lain ibadah yang tak payah cakap la nanti bunyinye aku melobi aku budak baik and satu lagi aku tatau lagi rupe aku due tahun kelak kan? Biarlah hal ini limit antar aku dengan Tuhanku.

Hopefully iman aku semakin teguh dan kukuh dengan ibadah yang semakin lekang dan makin bertambah la kan..

Makin buat, makin rase kurang ibadah aku ni... (cam poyo tak aku bercakap?)

Same macam ilmu, makin dicari, makin banyak yang tatau. (cam poyo tak aku bercakap?)

Jiwe aku rock. Kenape pulak aku post entri islamik gini ea. Besela.. kite semua Islam kann..

Sebab aku nak bagi sesuatu kunci utama hijrah dari perspektif aku.

Perkara utama dalam hijrah adalah bermula dengan solat.

Before solat berwuduklah dengan sempurna dan tidak bersifat membazir.

Ape kekuatannya solat.

Solat itu tiang agame.

Perlukah aku keluarkan nas hadis walhal korang dah maklum. Yang tak maklum lagi pergi gugel sendiri and jangan risau aku tak berani nak keluarkan ajaran sesat kay sini sebab aku masih cetek ilmu...

Pade aku, pucuk pangkal hijrah ialah dengan solat, lepas wuduk, bersolatlah awal waktu. Kalau boleh ambil dah wuduk before azan. Then bole la proceed doa lepas azan. Kalau duduk sahaja menunggu masuknye waktu pun dapat solat if malas nak solat sunat fardhu la.

Then baru boleh proceed khusyuk dalam solat.

Itu pada pandangan aku la kalau nak berhijrah.

Saje nak share tak boleh ke taik taik ha?? Ni pun aku aku share sipi-sipi je. Bukan deep deep pun. Kalau lagi deep lagi la orang tak boleh nak hadam and cerna. Hurmmm.

If kita berdisiplin dalam mendirikan solat awal waktu, insyaAllah kite berdisiplin dalam perkara-perkara lain. InsyaAllah.

Secara auto, sifat malas boleh dibuang. InsyaAllah.

Buat la. Percayelah pada aku. Aku dah cube.

Ya. Dengan solat, percayelah. Kerana di situ lah cinta sejati ada. Cinta sejati itu ada ketika dahi bersujud.

Setelah mulakan langkah dengan memperjuangkan untuk solat pada awal waktu dan khusyuk dalam solat, insyaAllah secara auto boleh proceed dengan ibadah lain yakni membaca Al-Quran, berzikir selawat dan Asma Ul Husna, solat-solat sunat lain seperti Solat Dhuha dan Solat Tahajjud.

Maka lahirlah cinta sejati.

Jangan lupe doa untuk peroleh hidayah agar iman bertambah kukuh dan jangan sibuk doa soal jodoh je. Hidayah yang kene cari. Buruk-buruk aku gilekan laki pun, aku dahulukan hidayah sebenarnye. Ko tahu tak oi? ('Ko' tu tak merujuk korang wahai pembace entri ni. 'Ko' tu ta bace pun entri ni..)

Then lepas ibadah-ibadah lain, korang boleh proceed dengan perihal seperti berpakaian sopan, menutup aurat. Berbuat baik kepada ibua bapa, berbuat baik sesame sahabat, berhenti mencarut dan memaki hamun (Ehem ehem ni aku.), bersedekah dan sebagainye.

Because aku cube dengan solat, maka hati aku rase slow-slow kene kikis dengan anasir-anasir busuk and kotor. Sebab hati aku kotor before ni, pemalas. Maybe ade lagi sisa. Tuhan saje tahu..Huhuhu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”

Nak sucikan hati la katekan.

So, ape perspektif awal dalam hijrah kan diri uols? Mase mule-mule berhijrah aku mulekan dengan solat. Masing-masing punye pandangan kannn..

Tapi mengapa ya?

Segumpal darah bernama hati ni aku dah mutlakkan pada Allah, masih wujud perasaan keseorangan dah mahukan teman? Oh lumrah dan fitrah manusie... Ohh segumpal darah bernama hati. Huhuhu.

Semoga aku dan kite semua menjadi seorang lidah dan basah menyebut namaMu ya Allah dan hati yang selalu mengingati nameMu.

 Dalil Hijrah

“Sesungguhnya orang-orang Yang beriman, dan orang-orang Yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang Yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 218)

“(Sesungguhnya) orang-orang Yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah Dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang Yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang Yang memakmurkan Masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang Yang berjaya.” (At-Taubah : 20)



Assalamualaikum.


..

Foot Note : Dalam 5 waktu, alhamdulillah aku bole solat awal waktu, cume solat subuk lewat 20/30 minit gitu. Mohon sesiapa yang baca entri ni doakan aku solat awal waktu subuh. Aku sedang berjuang ni..Huhuhu.





No comments:

Post a Comment

Komen beb