Friday, December 26, 2014

Khayalan dan Pisang Goreng Cheese

Assalamualaikum.

Hari Ahad lepas aku pergi, habis. Pergi tu kat tempat kampung aku.

Esok memang tak la sebab aku aku dah balik bandar tempat aku kerja.

Then cuti ni semalam aku datang lagi.

Dah habis katenye.

Kecewa aku.

Ok fine, aku mintak die simpankan untuk aku esok, today la.

Today aku datang lagi.

Katenye tak buat.

Pulak.

Pulak.

Katenye stok dah habis.

Sedih hati luluh bagi ditusuk panah duri tak dapat makan apa yang kita nak.

Disebabkan tak ade, aku blah cepat-cepat daripada kedai lepas pertanyaan aku terjawab pasal Pisang Goreng Cheese Coklat tu yang takde.

Aku blah cepat sebab aku tengah sebak, karang die nampak muke aku nangis sebab muke die dah rase bersalah tengok aku tak dapat makan. Aku ganster, tapi tak boleh tahan nak nangis tak dapat makan Pisang Goreng Cheese Coklat tu yang takde huhuu.

Tapi kan, bile fikir balik, aku tak pernah nangis kalau mee goreng udang takde. Apesal kes ni aku jadi auto sebak meh?

Ye, aku tahu, pisang goeng cheese je pun, tapi bole buat aku menitiskan air mata.

Pulanglah aku ke rumah dengan pisang goreng biasa mak aku kirim.



 



*Mak cakap nanti beli je pisang goreng biasa, beli je coklat. K, settle.

Assalamualaikum.


#Update

Disebabkan terllu mahukan makan Pisang Goreng Cheese Coklat itu, aku cadang nak buat sendiri.

Maka dengan itu, aku pecut ar kete beli bahan-bahan buatnye. In before aku gugel resipi. Nampak senang. So, aku buat list dan pergi beli.

Kawasan tempat aku tinggal memang takde ar Giant Tesco Aeon bagai. Paling dekat TF Value Mart, itupun dekat dalm 20 minit.

Aku malas serta berat punggung, ak pergi pasaraya dekat-dekat ni je la.

Hurmm. Aku dah dapatkan pisang, cheese cheddar, tepung dah ade kat rumah. Tinggal coklat je.

Hurmm dekat 5 kedai aku pergi.

Kedai keempat, takde coklat, coklat putih ade pulak. Mase tu nak berair dah nak air mata aku.

Banyak lak pulak ...

Ok fine setelah lengkap dengan mood Yeah Yeah serta Alhamdulillah berkat tasbih La hawla wala quwwata illa billah... berjaye juge dapatkan coklat masakan.

But my sister cakap, kenape tak beli coklat Hersheys je?

Erk, tak terfikir jugak aku. Tapi die tau tak coklat Hersheys pun payah dapat. Huhuhu...

So, balik pada citer balik rumah. Aku kene buat bende lain dulu.

Tung tang buat keje tolong orang sane sini. Gamaknye, esok le masak Pisang Goreng Cheese Coklat.

Tuit Tuit (Sound efek bunyi burung. Anggap la pagi esok menjelma)

Turung tannge rumah.

Menuju ke meja makan.

Pisang yang satu ikat tu tinggal 2 pisang je.

"Sorry, Kak Chik, aboh makan. Aboh tak tahu Kak Chik nak buat pisang goreng."

Krik krik...

Mak aku cakap lain kali beli pisang goreng siap je. Coklat buat macam kakak aku cakap. Cheese parut je la.

Sad sad.

Ok bye.

Assalamualaikum.




8 comments:

  1. Assalammualaikum. Alah... Sbar ye kak :) Klakar pun ada. First time kkk sye bwa blik pisang goreng mcm ni, mmng ckp "apakah?" .. lpas dh mkn, mashaALLAH, sdap !!! Hehe.. InshaALLAH ada rzeki msti dpt mrasa :)

    ReplyDelete
  2. Saya pernah makan sekali pisang goreng cheese ni. Biasa je rasanya. Tak tahulah kalau tempat yang saya beli tu tak pandai buat. Rasa pisang je banyak dari rasa cheese masa saya beli tu.

    ReplyDelete
  3. hai, tasa pernah makan pisang cheese and rasa dia pelik.. sebab rasa pisang tu kuat pada cheese...

    ReplyDelete
  4. Kesian zumal baca kisah tu... sabar yer ^-^

    ReplyDelete
  5. Blogwalking sini ;3 Jom singgah balik btw sedapnya :O
    -capital-aq.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Eeeemm....sedapnya pisang cheese ituw...:-D

    ReplyDelete
  7. Gambar tu buatkan cek terliuq. Hehehe :D

    ReplyDelete

Komen beb