Tuesday, December 8, 2015

Sayang je tak cukup

Assalamualaikum.

Hola kalian semua.

Sayang saje tak cukup. Mesti jawapan korang menyatakan dengan lisan yakni kata-kata sayang harus disertai dengan perbuatan.

Perbuatan apakah yang dimaksudkan itu?

Hurm cam skema pulak aku cakap.

Perbuatan seperti mengambil berat, menjaga dia, bagi hadiah, dan ape-ape sajelah.

Tapi pada aku tak cukup kalau tidak disertai dengan doa.

Pernah tak kite fikir bagaimana keadaan ibu bapa kita dalam kubur?

Hurmm...

Sero nak share kisah viral ni


Kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba ALLAH
MimpSeorang Wali Ditanah Perkuburan. Di dalam mimpi wali itu, wali itu nampak roh ahli-ahli kubur sedang mengais-ngais rumput seperti mencari sesuatu. Tiba-tiba beliau melihat ada seorang roh ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk istirahat diatas kuburnya sendiri. Beliau mengambil keputusan untuk bertanya kepada roh orang tua tersebut.
Wali : Pak, kenapa bapak sedang duduk istirahat dgn tenang sedangkan ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Roh Org tua itu : Jikalau kau anak tahu jawabannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah anak aku sendiri.
Wali tersebut pun pergi dari situ dan terjaga dari mimpinya. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau memperhatikan dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca Al Qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalammualaikum orang muda, saya ada beberapa pertanyaan untuk orang muda.

Penjual daging: Waalaikummussalam, ya boleh. Apakah pertanyaannya itu?

Wali: Adakah kamu ada seorang ahli keluarga yang meninggal dunia yang mempunyai kubur di kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapakku.

Wali: Aku terlihat Roh ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-Qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.
IKTIBAR DARI KISAH INI.
Kenapa Roh ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ? 
Jawabannya : mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala roh bapak tua yg hanya duduk istirahat tersebut karena doa anaknya untuknya. -sumber



 Ok. Kisah itu salah satu sahaja. Aku pun pernah bace ade orang tu macam wali jugakla bermimpi beliau pergi ke tanah perkuburan dan dilihatnya kesemua ahli akubur bangun dengan muka lesu, tak bermaya dan tiada nur di wajahnya. Lalu beliau bertanya kepada salah seorang ahli kubur itu seraya mengapa wajahnya begitu. Katanya anaknya langsung tidak mendoakan untuknya.

Doakan Orang tua kita dengan sebanyak-banyaknya doa dan membaca Al Qur'an. tungge deme dah hembus nafas ke? Takla, bermula dari sekarang la. Usah risau jikalau terlambat.

Aku cakap untuk ibu bapa dah takde ke? Eh tak la, just one deep sharing. Kemon la weyh...

1 comment:

Komen beb